லனாட்ரோன் தமிழ்ப்பள்ளி : ஜோகூர் மாநிலத்தின் முதல் தமிழ்ப் பள்ளி
 SEKOLAH TAMIL LANADRON : SEKOLAH TAMIL TERTUA NEGERI JOHOR

KONSEP dan MATLAMAT PEPERIKSAAN

PEPERIKSAAN
1. KONSEP DAN MATLAMAT
Berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, semestinya ada satu garis panduan atau ukuran yang boleh dijadikan panduan untuk menilai kemampuan dan pencapaian seseorang murid. Salah satu cara adalah dengan mengadakan ujian dan penilaian. Untuk mencapai tujuan itu, pihak sekolah akan mengendalikan :
1.1 Ujian-ujian setara bulanan peringkat sekolah dari Tahun 1 - 6.
1.2 Penilaian Kemajuan Sekolah Rendah ( PKSR) dari Tahun 1 - 6.
1.3 Ujian-ujian anjuran PPD atau Jabatan Pelajaran dari Tahun 1 - 6.
1.4 Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR ) - Semua murid tahun 6.
2.OBJEKTIF

Tugas guru ialah menilai, merekod dan menganalisis bagi menghasilkan pelaporan murid-murid dengan tujuan :
2.1 Untuk mengesan perkembangan dan penguasaan murid secara menyeluruh.
2.2 Untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran.
2.3 Untuk mengenal pasti keberkesanan pengajaran guru.
2.4 Untuk mempertingkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran.
2.5 Untuk membuat tindak susul.
3. JADUAL PENILAIAN
3.1 Ujian-ujian setara bulanan akan dijalankan pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan dalam Penggal 1 dan 2.
Rujuk : Takwim Peperiksaan 2010..
Jadual Waktu Ujian Bulanan

3.2 Jadual waktu PKSR akan disediakan oleh Setiausaha Peperiksaan.

3.3 Guru-guru kelas diminta mempamerkan Jadual Peperiksaan di kelas masing-masing.
3.4. PLBS dijalankan secara berterusan dan dikendalikan oleh Panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
3.5 Waktu rehat adalah seperti ditetapkan dalam jadual waktu peperiksaan.
3.6 Jadual waktu harian hendaklah diikuti semasa PKSR tidak dijalankan.
Follow up:
4. PENYEDIAAN BAHAN UJIAN
4.1 Jadual guru yang menyediakan soalan ditetapkan oleh Panitia sebelum
ujian/penilaian dijalankan.( Jika soalan tidak disediakan oleh JPNJ atau PPD ).
4.2 Guru-guru yang menyediakan soalan hendaklah berbincang terlebih dahulu
dengan Ketua Panitia dan guru-guru yang mengajar mata pelajaran berkenaan.
4.3 Soalan-soalan hendaklah berdasarkan kemahiran yang telah diajar dan hendaklah mengandungi Jadual Penentu Ujian ( JPU ).
4.4 Semua soalan yang telah disediakan hendaklah disemak dengan teliti oleh
Ketua Panitia Mata Pelajaran bagi memastikan tiada sebarang kesilapan
bahasa, ejaan, fakta, dan lain-lain. Setelah itu baharulah soalan itu boleh ditaip
dan dicetak. Sila patuhi arahan ini untuk memastikan item ujian bermutu. Elakkan menyalin bulat-bulat soalan dari mana-mana buku.
4.5 Ketua Panitia hendaklah memastikan yang item ujian itu diserahkan kepada Setiausaha peperiksaan untuk disimpan selewat-lewatnya 3 hari sebelum hari peperiksaan pertama. Kertas yang lebih atau rosak hendaklah diserahkan bersama.
4.6 Kertas-kertas soalan yang belum atau sedang diklip hendaklah dipastikan
keselamatannya, jauh dari pandangan murid untuk memastikan kesahihan
penilaian yang akan dijalankan. Jangan tinggalkan sebarang kertas soalan di dalam bilik darjah, bilik guru atau bilik-bilik lain yang terdedah dengan murid.
4.7. Guru-guru yang menyediakan soalan diminta menentukan :
4.7.1. Semua kertas soalan mencukupi.
4.7.2. Meneliti semula soalan dan membuat pembetulan sekiranya berlaku kesilapan.
4.7.3. Kertas soalan hendaklah diikat mengikut perkara, aliran dan bilangannya
mencukupi bagi setiap kelas. Lampiran iringan hendaklah diletakkan di atas tiap-tiap bungkusan.
( Lampiran iringan & kertas jawapan objektif / penulisan boleh didapati daripada Setiauasaha Peperiksaan. )
4.7.4 Ketua-ketua panitia diminta menentukan semua kertas soalan untuk
panitianya disusun setempat di almari Peperiksaan. Sila tentukan soalan-
soalan hari pertama diletakkan di sebelah atas dan seterusnya.
4.8 Kertas-kertas jawapan objektif dan kertas jawapan penulisan hendaklah disediakan bersama kertas soalan.
5. TAJUK UJIAN
Keseragaman menulis tajuk ujian / penilaian hendaklah dipatuhi.

Contoh :
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG LANADRON,PANCHOR
PENILAIAN KEMAJUAN SEKOLAH RENDAH PENGGAL 1
TAHUN 2010
BAHASA MALAYSIA TAHUN 1
KERTAS 1
Nama : ____________________________ Masa : 1 Jam 15 Minit
Tahun : ____________________________
ARAHAN :
6. BANK KERTAS SOALAN
6.1 Ketua Panitia setiap mata pelajaran dikehendaki mengumpul 2 set kertas soalan dan dijilid berasingan.
6.1.1 Senaskah disimpan oleh panitia.
6.1.2 Senaskah diserahkan kepada Setiausaha Peperiksaan.
7. PELAKSANAAN UJIAN / PENILAIAN
7.1 Jadual Waktu Pengawasan PKSR dilaksanakan mengikut Jadual waktu P/P.
7.2 Lima belas minit yang pertama, semua guru kelas dikehendaki masuk ke kelas masing-masing untuk merekodkan kedatangan dan memastikan kebersihan serta susunan meja. Susunan kerusi dan meja sesuai, jangan terlalu rapat.
7.3 Guru hendaklah memastikan setiap murid mempunyai alat tulis yang lengkap. Murid-murid hanya dibenarkan menggunakan pensel 2B untuk menulis. Sebarang pinjam meminjam TIDAK DIBENARKAN.
7.4 Buku dan beg murid-murid mesti berada jauh dari mereka, sama ada di hadapan,
di belakang atau di luar kelas.

7.5 Guru hendaklah kerap bergerak dan mengawasi pergerakan murid.
7.6 Guru-guru yang mengawas hendaklah berada di dalam kelas mengikut masa yang
ditetapkan dalam Jadual Pengawasan. Kelas tidak boleh ditinggalkan tanpa guru sepanjang waktu ujian.
7.7 Guru Pengawas Ujian bertanggungjawab sepenuhnya atas bahan ujian sehingga satu-satu ujian itu selesai.
7.8 Selesai ujian, pastikan jumlah kertas jawapan sama dengan bilangan murid yang
hadir / menduduki ujian. Tidak ada seorang murid pun yang dikecualikan daripada
menduduki ujian tanpa kebenaran Guru Besar. Murid yang tidak hadir tidak akan
dibenarkan menduduki ujian tersebut pada hari lain.
7.9 Guru Pengawas Ujian akan menyerahkan kertas jawapan kepada guru yang akan
menanda.
8. PEMERIKSAAN KERTAS JAWAPAN
8.1. Sebaik-baiknya, guru yang menyediakan soalan atau guru yang mengajar mata pelajaran berkenaan yang memeriksa skrip Jawapan.
8.2. Markah bagi setiap ujian adalah seperti Jadual Pembahagian Markah.
8.3. Pemeriksaan hendaklah mengikut Peraturan Pemarkahan Yang telah ditetapkan oleh Panitia-panitia masing-masing.
8.4. Skrip jawapan mata pelajaran teras yang telah diperiksa hendaklah dihantar kepada Ketua Panitia berserta 2 salinan lampiran 1 : Borang Pemeriksaan Semula mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
8.5. Ketua Panitia dikehendaki memeriksa semula sekurang-kurang 30 % daripada skrip yang diterima untuk memastikan guru-guru memeriksa skrip jawapan murid mematuhi skema jawapan dan peraturan pemerkahan serta penjumlahan markah yang betul.
8.6. Jika terdapat kesilapan, Ketua Panitia hendaklah memberitahu kepada guru berkenaan dan guru bekenaan hendaklah membetulkan kesilapannya terutama jumlah markah yang diterima oleh pelajar.
8.7. Ketua Panitia hendaklah mengisi Borang Pemeriksaan semula. Ketua Panitia hendaklah menyimpan satu salinan manakala satu salinan lagi hendaklah diserahkan kepada guru mata pelajaran bersama skrip jawapan
8.8. Skrip jawapan yang telah disemak semula hendaklah diserahkan kepada guru kelas bersama borang Pemeriksaan semula. Guru Kelas hanya perlu memasukkan markah semakan semula sahaja ke dalam dokumen-dokumen yang berkaitan.
8.9 Guru-guru kelas akan mengumpulkan markah-markah bagi mata pelajaran yang
diuji untuk :
a. Mengisi markah dan gred pada Program SAPR16   ( Mark Sheet ).
b. Mengisi keputusan dalam Buku Laporan Adab Belajar.
c. Mengisi keputusan dalam kad 001.
8.10. Guru Kelas akan meyerahkan Skrip jawapan murid bersama-sama dengan Kad
Ujian / Buku Pelaporan Murid.
8.11. Mesyuarat Post Mortem akan dijalankan Oleh Panitia Matapelajaran setiap kali
selepas ujian / peperiksaan.
9. PEMBAHAGIAN MARKAH
PERKARA TAHAP 1 TAHAP 2

MATA PELAJARAN
TAHAP 1
TAHAP 2
01
BAHASA TAMIL  - LISAN
GRED
GRED

BAHASA TAMIL  - BACAAN
GRED
GRED

BAHASA TAMIL  - PEMAHAMAN
100 %
100 %

BAHASA TAMIL  - PENULISAN
100 %
100 %
02
BAHASA MALAYSIA  - LISAN
GRED
GRED

BAHASA MALAYSIA  - BACAAN
GRED
GRED

BAHASA MALAYSIA  - PEMAHAMAN
100 %
100 %

BAHASA MALAYSIA  - PENULISAN
100 %
100 %
03
BAHASA MALAYSIA  - LISAN
GRED
GRED

BAHASA INGGERIS  - BACAAN
GRED
GRED

BAHASA INGGERIS  - PEMAHAMAN / PENULISAN
100 %
100 %
04
MATEMATIK
100 %
100 %
05
SAINS
100 %
100 %
06
PENDIDIKAN MORAL
100 %
100 %
07
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN 
100 %
100 %
08
KAJIAN TEMPATAN
100 %
100 %
09
PENDIDIKAN MUZIK
100 %
100 %
10
KEMAHIRAN HIDUP
GRED
GRED
11
PENDIDIKAN SENI
GRED
GRED
12
PEND. JASMANI KESIHATAN
GRED
GRED
10. SKALA MARKAH
          GRED     MARKAH ( % )
A          DARI 80 % HINGGA 100 %
B          DARI 60 % HINGGA  79 %
C          DARI 40 % HINGGA  59 %
D          DARI 20 % HINGGA  39 %
E          DARI 00 % HINGGA  19 %
11. KEDUDUKAN DI DALAM KELAS
11.1 Kedudukan di dalam kelas adalah berdasarkan kelulusan dalam semua mata pelajaran teras, iaitu –
B
MATA PELAJARAN
TAHAP 2
TAHAP 1
01
BAHASA TAMIL  - PEMAHAMAN
100 %
100 %
02
BAHASA TAMIL  - PENULISAN
100 %
100 %
03
BAHASA MALAYSIA  - PEMAHAMAN
100 %
100 %
04
BAHASA MALAYSIA  - PENULISAN
100 %
100 %
05
BAHASA INGGERIS  - PEMAHAMAN / PENULISAN
100 %
100 %
06
MATEMATIK
100 %
100 %
07
SAINS
100 %
100 %
08
PENDIDIKAN MORAL
100 %
100 %
09
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN 
100 %

10
KAJIAN TEMPATAN
100 %


JUMLAH
/  1000
/ 800

11.2 Murid yang lulus semua mata pelajaran teras diletakkan dalam kumpulan pertama
untuk kedudukan terbaik mengikut peratus dan murid yang gagal mana-mana satu
atau lebih mata pelajaran teras termasuk dalam kumpulan kedua.
11.3 Murid dalam kumpulan kedua ( kumpulan gagal ) tidak layak menerima hadiah
kecemerlangan walaupun peratusnya lebih tinggi daripada kumpulan pertama.
Mereka masih layak menerima hadiah cemerlang dalam mata pelajaran, sekiranya
markah yang diperoleh adalah yang paling tinggi.
11.4 Hanya seorang murid sahaja yang layak untuk menerima hadiah kecemerlangan
dalam kelas dan Mata pelajaran.
11.5 Jika terdapat persamaan peratus dalam menentukan kedudukan dalam kelas,
penentuan adalah berdasarkan kepada
11.5.1. Peratus Pertengahan Tahun
11.5.2. Jika masih ada persamaan, penentuan berdasarkan markah tertinggi dalam mata pelajaran mengikut ‘ranking’ berikut :-
Bahasa Inggeris Kertas 2
Bahasa Inggeris Kertas 1
Bahasa Malaysia Kertas 2
Matematik
Sains
Bahasa Melayu Kertas 1                                                                                            
11.5.3. Jika masih terdapat persamaan, penentuan berdasarkan Ujian
berbentuk  IQ Test akan dijalankan.
11.6. Jika terdapat persamaan markah dalam menentukan Cemerlang matapelajaran,
penentuan adalah berdasarkan kepada
11.6.1. Markah Pertengahan tahun
11.6.2. Jika masih terdapat persamaan, penentuan berdasarkan ujian terkini dan seterusnya berdasarkan kepada Ujian Bulanan Pertama.
11.6.3. Jika masih terdapat persamaan, penetuan berdasarkan Ujian Cepat
bagi matapelajaran tersebut.
11.7 Sebarang masalah yang timbul dalam menentukan kedudukan dalam kelas
hendaklah dirujuk kepada Panel Penilaian sekolah ( Rujuk lampiran 2 : Senarai
Panel Penilaian Sekolah ) dan segala keputusan hendaklah disahkan oleh Guru Besar.
11.8 Penentuan Penerima Anugerah kecemerlangan Mata Pelajaran akan ditentukan
oleh Panel Penilaian Sekolah dengan persetujuan oleh Guru Besar.
11.9 Borang Pencalonan Penerima Anugerah Kecemerlangan ( Rujuk lampiran 3 :
Borang Pencalonan Anugerah Cemerlang ) hendaklah diisi oleh guru kelas.
Sebelum diserhkan kepada Setiausaha peperiksaan, guru kelas hendaklah
mendapatkan pengesahan terlebih dahulu daripada Guru Besar. Dokumen- dokumen berikut perlu dikemukakan untuk pengesahan :-
11.9.1 Buku Pelaporan murid tempat Pertama hingga ketiga
11.9.2 Mark Sheet
TAKWIM UJIAN DAN PEPERIKSAAN TAHUN 2010
SJKT LADANG LANADRON,PANCHOR,MUAR,JOHOR.

PRA UJIAN  5 – 6 Feb 2010   Tahun 6
UPPM 1  Awal Mac 2010 Tahun 6
Ujian Setara 1  4 – 7 Mac 2010  Tahun 2 – 5
PKSR Pertengahan Tahun : UPPM 2

20 - 23 Mei 2010 :Tahun 1 – 5  , Tahun 6
Ujian Percubaan UPSR 1: 17 – 18 Jun 2010    Tahun 6

Ujian Percubaan UPSR 2 : 1- 2 Jul 2010     Tahun 6
Ujian Percubaan UPSR 3 : 15–16 Ogos 2010  Tahun 6

UPPM 3 Awal Ogos 2010  Tahun 6

Ujian Setara 3  12-15 Ogos 2010  Tahun 1 - 5

Ujian Percubaan UPSR 4  26–27 Ogos 2010 Tahun 6

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah  9 – 11 Sept 2010  Tahun 6
PKSR Akhir Tahun 22 – 25 Okt 2010 Tahun 1– 5
* Takwim ini tertakluk kepada pindaan