லனாட்ரோன் தமிழ்ப்பள்ளி : ஜோகூர் மாநிலத்தின் முதல் தமிழ்ப் பள்ளி
 SEKOLAH TAMIL LANADRON : SEKOLAH TAMIL TERTUA NEGERI JOHOR

PIBG

  
Mukadimah




Mukadimah


PIBG adalah satu penubuhan yang diceburi secara sukarela. AJK yang dipilih perlu menitikberatkan ciri-ciri keikhlasan, pengorbanan masa, wang ringgit dan tenaga. Fungsi PIBG ialah membantu sekolah dalam pelbagai aktiviti demi kebaikan anak-anak yang belajar di sini. Selain dari itu juga PIBG juga berperanan mencari sumbangan dari ahli dan orang ramai samada berbentuk wang, material maupun tenaga bagi faedah murid-murid.
PIBG merupakan satu badan berdaftar, berperlembagaan dan diiktiraf oleh kerajaan. Semua ibu bapa dan guru di sekolah ini merupakan ahli PIBG. AJK PIBG dipilih melalui Mesyuarat Agung Tahunan dan menjalankan tugas dan amanah secara sukarela serta perlu menitikberatkan keikhlasan, keterbukaan dan pengorbanan.
Sehubungan dengan itu SJK Tamil Ladang Lanadron,Panchor,Muar juga tidak terkecuali dalam merangka penubuhan PIBG sekolah demi kebaikan anak-anak yang belajar di sekolah ini. i Bilik Mesyuarat SK. Putrajaya 1, jam 5.30).

.
Ucapan Yang di Pertua PIBG sessi 2010-2011
Ucapan
YDP PIBG



YDP mengucapkan terima kasih kepada guru besar dan guru-guru yang terlibat dalam persiapan Mesyuarat Agong PIBG. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada para ibu bapa yang dapat menghadiri mesyuarat PIBG kali ke17. Beliau juga mengucapkan tahniah dan ucapan terima kasih kepada AJK-AJK di kalangan guru-guru dan ibu bapa yang baru dipilih. Dengan ini, dapat menambahkan kerjasama dari masa ke semasa di samping mengeratkan persahabatan antara para ibu bapa.


Beliau menyuarakan bahawa PIBG adalah sebuah komuniti kecil gabungan ibu bapa dan guru-guru yang menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan dan keberkesanan PIBG adalah menjadi asas kejayaan sekolah. Beliau berharap barisan AJK-AJK baru dapat bergerak dengan lancar demi menaikkan prestasi murid-murid.

Beliau juga menambah dengan adanya AJK-AJK baru dapat meneruskan aktiviti-aktiviti yang tidak dapat dijalankan sepanjang. Harapan beliau juga agar segala aktiviti yang akan dilaksanakan oleh PIBG akan mendapat sokongan para ibu bapa.

Isu-Isu yang Dibangkitkan Dalam Mesyuarat agong PIBG 2010:

Ramai ibu bapa kurang memahami fungsi atau peranan PIBG. Ramai ibu bapa kurang memberi perhatian dan kerjasama dalam aktiviti PIBG.

Ramai ibu bapa lebih mementingkan tugas dan aktiviti sendiri daripada aktiviti anak atau guru di   sekolah.

Permuafakatan di kalangan guru dan ibu bapa kurang kukuh dan kental.

Sikap negatif ibu bapa dan guru terhadap PIBG
.



Aktiviti PIBG sessi 2010-2011
Aktiviti PIBG sessi
2010-2011

Isu:

Ramai ibu bapa kurang memahami fungsi atau peranan PIBG. Ramai ibu bapa kurang memberi perhatian dan kerjasama dalam aktiviti PIBG.

Ramai ibu bapa lebih mementingkan tugas dan aktiviti sendiri daripada aktiviti anak atau guru di sekolah.

Permuafakatan di kalangan guru dan ibu bapa kurang kukuh dan kental.

Sikap negatif ibu bapa dan guru terhadap PIBG.

FOKUS :
Permuafakatan

MATLAMAT :
Meningkatkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru melalui PIBG

SASARAN :
Ibu bapa,Guru dan Murid

OBJEKTIF :
Mengwujudkan kesedaran tentang peranan PIBG kepada ibu bapa dan guru.
Mengwujudkan kesedaran tentang permuafakatan PIBG dapat membantu ibu bapa dan guru dalam pendidikan.
Mengwujudkan kesedaran tentang peranan PIBG dapat membantu kecemerlangan anak-anak dalam pendidikan.

UNTUK MENCAPAI MATLAMAT
:
Merancang aktiviti-aktiviti yang perlu ke arah mencapai objektif.
Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang.

HASIL :
Kecemerlangan pendidikan anak-anak.



AJK PIBG 2010 - 2011

AJK PIBG
2010 – 2011

   PENASIHAT         :  EN.M.TURUVANGADAM
   PENGERUSI         :  EN.S.BALU
   NAIB PENGERUSI :  EN.P.PARAM
   SETIAUSAHA       :  PN.M.POONGODI
   P.SETIAUSAHA    :  PN.P.UMA
   BENDAHARI        :  PN.M.PATHMA

AJK
EN.V.ANANTHAN
EN.S.RATNAM
EN.R.KRISHNAN
EN.S.VISVANATHAN
PN.T.NANTHINI
EN.S.YOGA

AUDIT
EN.KRISHNAN
EN.RAMASAMY
.